Gambar Kenangan : Aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu perhimpunan bersama pelajar dan pensyarah JKM pada Sesi Jun 2015.
Wednesday, April 26, 2017
Monday, April 17, 2017
PELUANG PEKERJAAN PELAJAR JKM
Sekalung tahniah diucapkan kepada 16 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah yang telah diterima bekerja bersama Syarikat Sunningdale (M) Sdn Bhd mulai bulan Mei 2017 iaitu selepas berakhirnya peperiksaan akhir semester.
Mereka telah ditawarkan menjawat jawatan sebagai Technical Specialist. Sesi temuduga telahpun dilakukan pada 13.3.2017 yang lalu bertempat di syarikat berkenaan yang kini beroperasi di Bandar Tenggara Kulai Johor yang mana syarikat ini mengeluar 'Catridge' Hewlett Packard (Hp).
Monday, April 10, 2017
POLITEKNIK MUADZAM SHAH JUARA PIPPo 2015
Politeknik Muadzam Shah, Pahang muncul juara Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPo) 2015 dalam mereka bentuk semula kereta Proton sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia (HEWM) yang julung kali diadakan.
Kumpulan pelajar politeknik itu menerima sebuah trofi dan replika cek bernilai RM 19,000.00 bagi mereka bentuk kereta Proton yang dikenali sebagai Telson.
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga menerima trofi dan replika cek bernilai RM 9,000.00 dan RM 6,000.00 dalam mereka bentuk Saga Dyna dan Proton Taring.
Kesemua hadiah itu disampaiakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.
Terdahulu dalam ucapannya, Kain Ching berkata, pertandingan itu dianjurkan bagi menyerlahkan daya kreativiti, inovasi dan kemahiran teknikal pelajar dan pensyarah dalam bidang reka bentuk dan kejuruteraan automotif.
"Pasukan yang bertanding ini perlu mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah kepada projek sebenar dengan pendedahan amalan kerja sebenar dalam industri ini. Dikesempatan ini, saya bagi pihak kementerian, merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Proton kerana menyumbangkan 12 biji kereta pelbagai model untuk pertandingan ini," katanya pada majlis penutup Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di sini hari ini.
Kain Ching berkata, HEWM pada kali ini merupakan acara yang julung kali diadakan dan akan menjadi penanda aras untuk acara akan datang. Beliau turut berharap HEWM akan menjadi acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender kementerian.
HEWN merupakan satu program inklusif yang mencakupi semua disiplin pendidikan yang ada dan tidak terhad kepada mereka yang cemerlang di dalam pelajaran saja. Selain PIPPo, minggu HEWN turut membabitkan empat lagi program iaitu Karnival Pendidikan Tinggi, Seminar dan Kebudayaan, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan sukan.

Friday, April 7, 2017
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah telah mula beroperasi pada akhir tahun 2010. Penubuhannya adalah selari dengan perpindahan daripada kampus sementara ke kampus tetap. Pada masa kini , Jabatan Kejuruteraan Mekanikal diterajui oleh En. Mohd. Fuaad Bin Fesul sebagai tunggak utama pengurusan di jabatan dan dibantu oleh Ketua Program.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai serama 27 orang tenaga pengajar dan 3 orang staf sokongan di dalam melancarkan lagi sistem pengurusan di jabatan. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal juga telah membuktikan keupayaannya dengan memperolehi akreditasi penuh dari MQA (Malaysia Qualification Agency) pada 27 November 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)